Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGASUH CUAI, BAYI DALAM JAGAAN CEDERA

DALAM NEGARA

PENGASUH CUAI, BAYI DALAM JAGAAN CEDERA

Polis menahan seorang pengasuh wanita kerana cuai sehingga menyebabkan bayi jagaannya cedera di bahagian muka dan telinga, di Taman Putra, Ampang.

AMPANG: Polis menahan seorang pengasuh wanita kerana cuai sehingga menyebabkan bayi jagaannya cedera di bahagian muka dan telinga, di Taman Putra, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian melibatkan suspek berusia 43 tahun yang ditahan semalam selepas ibu bayi yang berusia lapan bulan itu membuat laporan pada Jumaat lalu.

“Berdasarkan laporan yang dibuat ibu mangsa, dia menyedari anaknya mengalami kecederaan dengan kesan gigitan pada muka dan kesan pulasan pada kedua-dua telinganya.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pihak polis mendapati suspek mempunyai enam orang anak asuhan berusia tiga bulan hingga dua tahun selain dua anak kandung yang tinggal bersamanya.

“Suspek telah meninggalkan mangsa lalu keluar dari rumah selama dua jam. Kejadian kecederaan dipercayai berpunca dari anak asuhan yang lain menggigit muka mangsa,” katanya.

Farouk berkata, suspek telah direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading