Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGERUSI NGO DILANTIK PROFESOR ADJUNG UMT

DALAM NEGARA

PENGERUSI NGO DILANTIK PROFESOR ADJUNG UMT

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Profesor Ts. Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata, pelantikan berkenaan sebagai usaha merapatkan jurang antara universiti dengan program-program NGO berbentuk kebajikan, keusahawanan, kepimpinan, kerohanian dan sebagainya.

“Pemilihan beliau sebagai Profesor Adjung di UMT adalah berdasarkan pengalamannya yang sangat luas di dalam pelbagai aktiviti NGO dalam dan luar negeri yang pernah beliau lakukan.

“Beliau juga banyak mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara. Oleh itu, pihak UMT berharap beliau dapat mencurahkan ilmu pengetahuan untuk kepentingan akademik, universiti dan para graduan,” katanya.

Mustapha dalam pada itu merakamkan perhargaan kepada UMT yang meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya.

“Saya cuba menyumbang sebaik mungkin pengetahuan dan pengalaman saya selama 22 tahun dalam NGO antarabangsa dan pengalaman 33 tahun dalam perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Mustapha juga merupakan penerima Anugerah Utama Semarak Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 2020. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading