Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGHANTAR MAKANAN DIDAKWA REMPUH ANGGOTA POLIS KETIKA PEMERIKSAAN

DALAM NEGARA

PENGHANTAR MAKANAN DIDAKWA REMPUH ANGGOTA POLIS KETIKA PEMERIKSAAN

Muhammad Shamil Md Isa, 27, didakwa telah merempuh dan melanggar sebuah motosikal yang dinaiki Koperal A.Rajaratnam, 48, dengan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian di lampu isyarat di Jalan Segambut, Sentul di sini pada 11.45 malam, 21 Okt lepas.

Gambar hiasan dihasilkan menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI).

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.

Muhammad Shamil Md Isa, 27, didakwa telah merempuh dan melanggar sebuah motosikal yang dinaiki Koperal A.Rajaratnam, 48, dengan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian di lampu isyarat di Jalan Segambut, Sentul di sini pada 11.45 malam, 21 Okt lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Vivien Yeap Jie Xin tidak menawarkan jaminan, namun peguam Nurul Atikah Rusli, mewakili tertuduh memohon supaya jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya menanggung ibu bapanya.

“Anak guam saya bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan sekitar RM1,300 hingga RM1,500 sebulan dan masih belum berkahwin,” kata peguam itu.

Hakim Dr Azrol Abdullah kemudian bertanyakan kepada TPR Yeap bagaimana kejadian itu berlaku dan TPR menjelaskan bahawa semasa kejadian, tertuduh dan kekasihnya yang menaiki sebuah kereta telah ditahan anggota polis itu untuk pemeriksaan, namun tertuduh bertindak menekan pedal minyak sehingga merempuh motosikal mangsa. 

“Dalam kejadian itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala motosikal mangsa yang dirempuh telah diseret kereta tertuduh sejauh kira-kira 300 meter,” kata Yeap.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 2 Dis ini untuk sebutan kes.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading