DALAM NEGARA
KIBAR BENDERA ASING: POLIS PERAK RUJUK D5 BUKIT AMAN
Insiden pengibaran bendera negara asing ketika perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan Khamis lepas dirujuk kepada Bahagian Perundangan (D5) Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
Insiden pengibaran bendera negara asing ketika perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan Khamis lepas dirujuk kepada Bahagian Perundangan (D5) Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

IPOH: Insiden pengibaran bendera negara asing ketika perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan Khamis lepas dirujuk kepada Bahagian Perundangan (D5) Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kertas siasatan oleh Polis Perak mengenainya telah diserahkan kepada bahagian itu hari ini dan sebarang arahan akan dilaksanakan berdasarkan keputusan dibuat bahagian berkenaan.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada D5 Bukit Aman terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Kita hanya tunggu sama ada perlu menambah bukti atau meneruskan dengan pertuduhan di mahkamah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Azizi berkata setakat ini sebanyak 61 laporan diterima pihaknya membabitkan perarakan itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana pihak penganjur melanggar syarat permit dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mengibarkan bendera asing ketika perarakan,” katanya.
Sebelum ini, tular video di laman media sosial memaparkan beberapa individu mengibarkan bendera negara asing sambil bersorak ketika perarakan sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung dari 8 malam hingga 11.30 malam itu.
Azizi sebelum ini dilapor berkata video yang tular itu turut memaparkan bendera negara Thailand dan Vietnam dikibarkan.
Sebanyak 17 peserta warga China yang terlibat dalam sambutan itu dilaporkan turut telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
MALAYSIA MENGUKUHKAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI PENERAJU INDUSTRI HALAL GLOBAL DENGAN SISTEM PENSIJILAN YANG DIIKTIRAF LEBIH 50 NEGARA
MALAYSIA PERLU MEMPERCEPAT PERALIHAN STRATEGI TENAGA JANGKA PANJANG YAANG LEBIH MAMPAN DAN CEKAP DARI SEGI KOS
Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza melalui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 yang membawa 30 kontena...
Penduduk di Kampung Rantau Abang di sini bimbang dengan kemunculan dua ekor beruang matahari yang berkeliaran...
Wartawan penyiaran terkenal, Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi di kediamannya di Klang.
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.