Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PENCIPTAAN KANDUNGAN ISLAM

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PENCIPTAAN KANDUNGAN ISLAM

MELAKA: Satu lagi kejayaan dilakar TV AlHijrah selepas menerima Anugerah Kecemerlangan Penciptaan Kandungan Islam atas penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif berlandaskan nilai-nilai Islam yang murni dan menyeluruh.

Anugerah tersebut diberikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia 2023 anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) di sini.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata anugerah itu bukti komitmen TV AlHijrah dalam memperkayakan kandungan media yang mendidik dan memberi inspirasi kepada masyarakat.

“Alhamdulillah pengiktirafan yang diterima itu hasil kerja berpasukan seluruh kakitangan TV Alhijrah yang bertungkus-lumus menyediakan pelbagai kandungan terbaik untuk disajikan kepada penonton

“Sudah tentu ia akan menjadi pemangkin semangat dan satu komitmen untuk kami terus menyediakan pelbagai lagi kandungan Islam untuk ummah,” katanya pada majlis tersebut.

Anugerah disampaikan Menteri MITI, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Selain TV AlHijrah, turut menerima anugerah malam tadi Zus Coffee, Muslim Pro, Safi, Mamee, dan Babas untuk kategori masing-masing.

Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia dianjurkan setiap tahun untuk mengiktiraf, menghargai sumbangan dan pencapaian cemerlang oleh pemain industri halal negara.

Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Antarabangsa Halal; Anugerah Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Halal; Anugerah Kecemerlangan Logistik Halal; Anugerah Kecemerlangan Makanan dan Minuman Halal; Anugerah Kecemerlangan Jenama Terkemuka Halal dan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Kewangan Islam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading