Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJAGA GAJAH MAUT DISERANG ‘TENANG’

DALAM NEGARA

PENJAGA GAJAH MAUT DISERANG ‘TENANG’

KUALA TERENGGANU: Seorang penjaga gajah maut selepas diserang gajah semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di Perkampungan Konservasi Gajah (KECV), Kenyir, pagi tadi.

Mangsa, Anucha Tangsakun, 38 tahun, berwarganegara Thailand telah diserang gajah yang dikenali sebagai Tenang, dengan menusuk gading pada bahagian perut dan peha kiri mangsa sehingga maut di tempat kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa difahamkan melakukan rutin hariannya dengan membersihkan dan memberi makanan kepada gajah-gajah yang dirantai serta ditambat di tiang kawasan santuari itu.

Tenang bertindak menyerang mangsa semasa dia mahu melepaskan ikatan sebelum membawanya ke sungai.

Mohd Adli berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu bagi tindakan lanjut dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, pihak KECV memaklumkan emosi gajah itu yang berusia 22 tahun itu kurang stabil kerana sebelum ini Tenang dicederakan seekor gajah jantan liar pada dua minggu lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading