Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES POSITIF COVID-19 DI KELANTAN TURUN KE DUA ANGKA

DALAM NEGARA

KES POSITIF COVID-19 DI KELANTAN TURUN KE DUA ANGKA

KOTA BHARU: Angka kes positif harian di Kelantan turun kepada dua angka hari ini dengan mencatatkan 81 kes baharu.

Jumlah kes hari ini menyaksikan penurunan mendadak berbanding lebih 300 kes harian di Kelantan pada tiga minggu sebelum ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi Facebooknya meluahkan syukur atas penurunan kes COVID-19 di negeri tersebut.

“Alhamdulillah, Kelantan mencatatkan penurunan dua digit (81 Kes) pada hari ini.

“Sama-sama kita teruskan berusaha dan berikhtiar bagi memutuskan rantaian penularan,” katanya.

Semalam Kelantan mencatat 165 kes baharu dengan tiga kluster baharu di kesan di negeri itu.

Kelantan sebelum ini menjadi antara negeri terjejas teruk COVID-19 sehingga fasiliti kesihatan berada pada tahap kritikal dan memerlukan hospital medan di buka. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading