Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: INDIA KESAN VARIAN BAHARU “DELTA PLUS”

DUNIA

COVID-19: INDIA KESAN VARIAN BAHARU “DELTA PLUS”

Sumber: AFP

NEW DELHI: Kerajaan India melaporkan terdapat varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Delta Plus yang telah menular di Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh, India.

Kementerian Kesihatan India melaporkan varian tersebut merupakan “varian of concern” atau varian membimbangkan selepas banyak kes dikesan daripada varian baharu itu.

Kerajaan India turut mengarahkan semua negeri untuk segera mengambil langkah pencegahan, selain daripada meningkatkan saringan, pengesanan dan vaksinasi di kawasan terlibat.

Setakat ini, terdapat 16 kes yang dikesan melibatkan tiga negeri berkenaan.

Bagaimanapun, pakar kesihatan awam bimbang dengan varian COVID-19 baharu itu yang berpotensi mencetuskan gelombang ketiga di India.

Delta Plus ialah strain mutan baharu dari varian Delta yang pertama kali dikesan di India yang sangat pantas untuk merebak dan mudah dijangkiti.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading