BELUM ADA BUKTI KEBERKESANAN IVERMECTIN RAWAT PESAKIT COVID-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada lagi bukti yang menyakinkan ubat ‘Ivermectin’ boleh digunakan bagi merawat penyakit COVID-19.

Dalam ciapan di Twitter, KKM memaklumkan semua ubat Ivermectin yang didaftarkan di Malaysia adalah untuk kegunaan haiwan.

“Belum ada bukti menyakinkan ubat ini untuk merawat pesakit COVID-19,” ujar KKM.

Mengulas lanjut, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan ubat ‘Ivermectin’ untuk ujian klinikal.

Katanya, ujian tersebut dijalankan dengan pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor dan penyelidik bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan.

Menurut KKM, pendaftaran produk boleh disemak di http://npra.gov.my atau hubungi 1-800-88-6722.

Sebelum ini, pada 5 Jun lalu, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19.—AlHijrah Online

Leave a Reply