Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LORI BAWA DURIAN TERBALIK

DALAM NEGARA

LORI BAWA DURIAN TERBALIK

SEREMBAN: Sebuah lori dengan muatan durian terbalik di kilometer (km) 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai, tengah hari tadi.

Lori tersebut sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Segamat, Johor.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira tujuh km dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Seremban sekitar pukul 1.55 tengah hari.

“Kemalangan berpunca apabila lori yang dipandu lelaki berumur 25 tahun hilang kawalan dipercayai selepas tayar belakang pada bahagian kiri kenderaan itu pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.

“Pemandu lori dan kelindan berusia 52 tahun mengalami kecederaan ringan manakala buah durian yang dianggarkan seberat 1,000 kilogram (satu tan) bertaburan di atas jalan raya tersebut,” katanya.

Lapor BERNAMA, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman di bawah “Rule 10 LN 166/59”.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading