Tag Archives: varian

VARIAN BAHARU COVID-19 IHU DIKENAL PASTI DI PERANCIS

PERANCIS: Saintis di Perancis menemui varian baharu COVID-19, iaitu B.1.640.2 atau IHU. Varian tersebut direkodkan selepas 12 orang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat, disahkan positif COVID-19. Varian itu juga dikatakan mempunyai 46 mutasi dan dilaporkan lebih mudah dijangkiti berbanding varian Omicron. Walaupun varian Omicron merupakan varian dominon setakat ini, namun ancaman varian terbaharu itu mula merebak dengan

Read more

SATU LAGI KES VARIAN OMICRON DIKESAN DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Malaysia melaporkan satu lagi kes varian Omicron yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berwarganegara Malaysia. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kanak-kanak perempuan itu menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kanak-kanak itu sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif. Dia tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember dari Lagos,

Read more

COVID-19: KKM NAFI DAKWAAN VARIAN MU BERADA DI MALAYSIA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan kandungan berita di portal Suara.com bertajuk ‘COVID-19 Varian Mu Sudah Masuk Malaysia, Dokter Paru: Indonesia Jangan Kecolongan Lagi’ yang tular di media sosial. Dalam kenyataan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), berita tersebut mendakwa kononnya terdapat varian baharu COVID-19 iaitu Varian Mu telah memasuki Malaysia yang bermutasi lebih pantas berbanding

Read more

VARIAN BAHARU COVID-19 BOLEH TERSEBAR DALAM 15 SAAT – DG HISHAM

PUTRAJAYA: Jangkitan varian baharu COVID-19 termasuk Delta boleh tersebar menerusi udara dalam masa 15 saat sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penyebaran jangkitan dalam jangka masa pendek itu menyebabkan kadar kebolehjangkitan meningkat dengan cepat. “Kita lihat kebolehjangkitan virus biasa, R-naught atau RT dalam 2.5 hingga 3, tetapi bagi varian delta dan varian lain yang dikenalpasti

Read more

COVID-19: INDIA KESAN VARIAN BAHARU “DELTA PLUS”

NEW DELHI: Kerajaan India melaporkan terdapat varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Delta Plus yang telah menular di Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh, India. Kementerian Kesihatan India melaporkan varian tersebut merupakan “varian of concern” atau varian membimbangkan selepas banyak kes dikesan daripada varian baharu itu. Kerajaan India turut mengarahkan semua negeri untuk segera mengambil langkah pencegahan, selain daripada meningkatkan saringan,

Read more