Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SATU LAGI KES VARIAN OMICRON DIKESAN DI MALAYSIA

DALAM NEGARA

SATU LAGI KES VARIAN OMICRON DIKESAN DI MALAYSIA

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Malaysia melaporkan satu lagi kes varian Omicron yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berwarganegara Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kanak-kanak perempuan itu menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.

Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kanak-kanak itu sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif.

Dia tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.

Keputusan ujian RT-PCR kanak-kanak itu semasa ketibaan didapati positif COVID-19 pada 7 Disember lalu namun dilaporkan tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari.

Kesemua 35 kontak rapat termasuk ahli keluarganya, pemandu teksi yang membawa kes dan keluarga dari KLIA ke rumah kes, serta penumpang kapal terbang disahkan negatif COVID-19.

Dengan pengesanan kes baharu ini, ia menjadikan jumlah kumulatif kes dikesan varian Omicron di Malaysia sebanyak dua kes dan merupakan jangkitan import dari luar negara.

Sementara itu, Khairy turut memaklumkan sebanyak 18 kes lagi menunjukkan kemungkinan varian Omicron dan kini sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh (WGS).

Keputusan tersebut dijangkan akan diperolehi pada 17 Disember 2021.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading