COVID-19: KKM NAFI DAKWAAN VARIAN MU BERADA DI MALAYSIA

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan kandungan berita di portal Suara.com bertajuk ‘COVID-19 Varian Mu Sudah Masuk Malaysia, Dokter Paru: Indonesia Jangan Kecolongan Lagi’ yang tular di media sosial.

Dalam kenyataan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), berita tersebut mendakwa kononnya terdapat varian baharu COVID-19 iaitu Varian Mu telah memasuki Malaysia yang bermutasi lebih pantas berbanding varian sedia ada.

KKM meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak benar yang boleh menimbulkan kekeliruan serta keresahan dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya, orang ramai disaran merujuk media sosial rasmi KKM bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.–AlHijrah Online

Leave a Reply