Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJAWAT AWAM TERIMA RM500, PESARA RM250 BANTUAN AIDILFITRI

DALAM NEGARA

PENJAWAT AWAM TERIMA RM500, PESARA RM250 BANTUAN AIDILFITRI

Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut juga diberikan kepada kakitangan awam di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut juga diberikan kepada kakitangan awam di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji iaitu pada 25 April ini,” katanya, hari ini.

Sementara itu, kerajaan juga akan memberikan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading