Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIREMPUH KERETA

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIREMPUH KERETA

ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dipercayai telah melanggar motosikal itu dari belakang, mengakibatkan Muhamad terpelanting dan mengalami kecederaan parah.

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Alor Jambu, Terengganu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 malam semasa Muhamad Ali, 48, dalam perjalanan dari rumahnya di Padang Kemunting menuju ke Padang Nenas.

Beliau berkata ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dipercayai telah melanggar motosikal itu dari belakang, mengakibatkan Muhamad terpelanting dan mengalami kecederaan parah.

Azli berkata penunggang itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

“Pemandu kereta yang merupakan seorang peniaga di bazar Ramadan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading