Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan tarikh baharu itu susulan bantahan peguam Ram Singh terhadap keterangan saksi pendakwaan ketujuh iaitu dapatan pakar forensik berhubung dokumen di dalam pemacu kilat yang mengandungi 90 imej lucah.
TENOM: Perbicaraan kes pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, yang dijadual berlangsung hari ini serta esok telah ditangguhkan dan akan bersambung pada 11 dan 12 Mei, 20 hingga 23 Jun serta 11 hingga 14 Julai depan.
Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan tarikh baharu itu susulan bantahan peguam Ram Singh terhadap keterangan saksi pendakwaan ketujuh iaitu dapatan pakar forensik berhubung dokumen di dalam pemacu kilat yang mengandungi 90 imej lucah.
“Susulan keputusan mahkamah ini untuk mendengar keterangan mengenai kandungan dokumen itu dan memanggil Inspektor Yip sebagai saksi, pembelaan akan membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi untuk semakan.
“Pembelaan memohon agar prosiding ditangguhkan dan Inspektor Yip tidak dipanggil sehingga permohonan semakan berhubung perkara ini dilupuskan oleh Mahkamah Tinggi yang akan dilakukan secepat mungkin,” kata Ram Singh.
Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, yang membantah permohonan untuk menangguhkan prosiding itu, berkata pendakwaan bersedia untuk menyoal Yip dan mengemukakan dokumen terbabit sebagai eksibit.
Bagaimanapun, Nur Asyraf berkata demi kepentingan keadilan dan agar permohonan semakan itu tidak akan bersifat akademik, beliau membenarkan penangguhan prosiding sehingga perkara itu didengar serta dilupuskan.
“Justeru, mahkamah akan membenarkan saksi pendakwaan ketujuh Inspektor Yip Chang Ching memberi keterangan. Bagaimanapun, pembelaan juga mempunyai hak untuk meminta masa yang munasabah bagi memeriksa dokumen itu dan memanggil semula serta menyoal mana-mana saksi berkaitan dokumen terbabit,” katanya.
Yip dijangka memberi keterangan berhubung 90 imej terkandung di dalam pemacu kilat yang diambilnya daripada telefon bimbit tertuduh.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan melakukan gangguan seksual termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan kes itu bermula pada bulan September tahun lepas dan enam saksi pendakwaan telah memberi keterangan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager