Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGAWAI TINGGI KERAJAAN TAIWAN DERMA SEBULAN GAJI UNTUK BANTUAN KEMANUSIAAN TURKIYE

DUNIA

PEGAWAI TINGGI KERAJAAN TAIWAN DERMA SEBULAN GAJI UNTUK BANTUAN KEMANUSIAAN TURKIYE

Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dan pegawai tertinggi dalam pentadbirannya pada Khamis berikrar untuk menderma sebulan gaji untuk membantu usaha bantuan bencana gempa bumi di Turkiye.

Tsai Ing-wen –foto AFP

TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dan pegawai tertinggi dalam pentadbirannya pada Khamis berikrar untuk menderma sebulan gaji untuk membantu usaha bantuan bencana gempa bumi di Turkiye, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Naib Presiden Lai Ching-te, Perdana Menteri Chen Chien-jen dan Naib Perdana Menteri Cheng Wen-tsan juga berikrar untuk menyumbang sebulan gaji, menurut jurucakap Pejabat Presiden Lin Yu-chan dan jurucakap Kabinet, Chen Tsung-yen.

Selain sumbangan daripada pegawai, kerajaan Taiwan telah menyumbang AS$2 juta dan menghantar dua pasukan penyelamat yang terdiri daripada 130 anggota serta lima anjing pengesan. 

Sementara itu, setakat petang Rabu penduduk di Taiwan telah menderma NT$10.33 juta (AS$343,206) melalui akaun khas yang disediakan oleh kerajaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading