Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT TERBUNUH DALAM GEMPA BUMI DI TIMUR INDONESIA

DUNIA

EMPAT TERBUNUH DALAM GEMPA BUMI DI TIMUR INDONESIA

Empat orang terbunuh dan beberapa rumah serta bangunan musnah selepas gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Papua.

Penduduk berdiri di atas bumbung kedai yang runtuh di pelabuhan selepas gempa bumi berukuran 5.1 magnitud berlaku di Jayapura, wilayah timur Indonesia di Papua. –foto AFP

JAKARTA: Empat orang terbunuh dan beberapa rumah serta bangunan musnah selepas gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Papua pada Khamis, kata seorang pegawai agensi bencana.

“Gegaran kuat dirasai di sini. Rumah, restoran dan bangunan rosak. Empat orang terkorban…Kami sedang menjalankan penilaian risiko gempa itu,” kata pengurus pusat kawalan operasi untuk agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah Jonathan Koirewoa ketika dihubungi Xinhua.

Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara melaporkan gempa bumi itu berlaku pada 13.28 malam waktu tempatan (0628 GMT) dengan pusat gempa terletak satu kilometer barat daya wilayah Papua ibu negara Jayapura dengan kedalaman 10 km.

Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Beberapa gegaran susulan turut direkodkan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading