LELAKI DIPENJARA ENAM TAHUN LAKUKAN PERSETUBUHAN LUAR TABII TERHADAP ADIK TIRI
Kanak-kanak itu kemudian diam lalu menangis dan menyatakan bahawa abang serta bapanya ada melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap mangsa semasa ibunya tiada di rumah, namun tidak memberitahu sesiapa kerana takut.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang lelaki atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap adik tirinya pada 2018.
Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman berkenaan selepas lelaki berumur 23 tahun itu mengaku bersalah terhadap kesalahan itu yang dilakukan ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ketika kejadian.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pangsa, Jalan Sungai Baru, Kampung Baru di sini pada 2 petang, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.
Tasnim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 15 Nov 2021 dan mengikuti sesi kaunseling di dalam penjara selain berada dalam pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman.
Mengikut fakta kes, pada awal November 2021, semasa mangsa bersama ibunya di rumah, wanita itu berpesan kepada mangsa untuk tidak membenarkan orang lain memegang di tempat yang tidak sepatutnya seperti buah dada serta kemaluan.
Kanak-kanak itu kemudian diam lalu menangis dan menyatakan bahawa abang serta bapanya ada melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap mangsa semasa ibunya tiada di rumah, namun tidak memberitahu sesiapa kerana takut.
Semasa rayuan terhadap hukuman, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap perlu menyara dua adiknya berumur 20 dan 18 tahun yang masih belajar.
Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana semasa kejadian mangsa berumur lapan tahun dan sebagai abang, dia sepatutnya menjaga serta mendidik adiknya yang masih kecil dengan perkara yang baik, bukan bertindak sedemikian.
“Akta Kanak-Kanak masih terpakai kepada tertuduh kerana semasa kejadian tertuduh berumur 18 tahun dan masih lagi seorang kanak-kanak.
“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon hukuman pemenjaraan terhadap tertuduh dan dia perlu menjalani sesi kaunseling di dalam penjara selain berada dalam pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman,” kata Julaila. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager