PERDANA MENTERI MENGHADAP AGONG, SPEKULASI PEMBUBARAN PARLIMEN MAKIN MEMBAHANG
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, ketika spekulasi mengenai pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertiup kencang.
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di pintu 1 Istana Negara jam 3.48 petang tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, ketika spekulasi mengenai pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertiup kencang.
Perdana Menteri memasuki pintu pagar utama Istana Negara pada pukul 3.49 petang dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan dan sempat melambai ke arah media yang menanti sejak awal pagi, sebelum dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara pada pukul 4.45 petang.
Turut kelihatan memasuki Istana Negara adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Kebiasaannya menjadi rutin Ismail Sabri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sehari sebelum berlangsungnya mesyuarat mingguan Kabinet.
Sekiranya mesyuarat Kabinet diadakan pada Rabu, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa dan sekiranya pada Jumaat, Ismail Sabri akan menghadap pada Khamis.
Meskipun majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong itu merupakan rutin biasa beliau sebelum mesyuarat Kabinet esok, namun banyak spekulasi mengaitkan pertemuan itu bagi memohon perkenan Seri Paduka Baginda untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.
Pergerakan Ismail Sabri menjadi perhatian media selepas desas-desus pembubaran Parlimen hangat diperkatakan susulan keputusan Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lepas yang mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.
Sebelum bergerak ke Istana Negara hari ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO singgah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dipercayai untuk berjumpa dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum itu, beliau meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di Putrajaya.
Ditemui selepas meninjau persiapan Bajet 2023 itu, Ismail Sabri berkata ‘agenda tambahan’ termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini jika berkesempatan, kerana fokus utama perbincangan beliau adalah mengenai perihal Kabinet. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked