PERSEDIAAN BANJIR: AGENSI LEBIH BERSEDIA, LEBIH 2,000 SEKOLAH DAN FASILITI AWAM DIGAZET SEBAGAI PPS -KSN
“Ada pengajaran daripada apa yang pernah dilalui daripada (banjir) tahun lepas, dan saya melihat dari segi kesediaan agensi-agensi terlibat, mereka lebih bersedia kali ini,”
PUTRAJAYA: Lebih 2,000 sekolah dan fasiliti awam seperti balai raya dan dewan orang ramai telah mula digazetkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi kegunaan orang ramai sekiranya negara dilanda bencana banjir, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata ia merupakan langkah kerajaan sebagai persediaan menghadapi banjir, yang turut merangkumi kesiapsiagaan ketika serta pasca banjir.
“Ada pengajaran daripada apa yang pernah dilalui daripada (banjir) tahun lepas, dan saya melihat dari segi kesediaan agensi-agensi terlibat, mereka lebih bersedia kali ini,” katanya ketika ditemui Bernama dan RTM selepas merasmikan Majlis Apresiasi Program Keceriaan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 Antara Kementerian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai intipati mesyuarat Task Force Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 yang dipengerusikannya pada 3 Okt lepas.
Mohd Zuki berkata kesiapsiagaan menghadapi banjir turut dilakukan di peringkat negeri, terutamanya di negeri yang sering dilanda banjir.
Jabatan Meteorologi sebelum ini meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada di penghujung bulan, dengan cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana MTL yang aktif pada tempoh itu membawa risiko hujan lebat berterusan serta banjir berskala besar.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Mohd Zuki berharap semua kementerian memperkemaskan jentera di jabatan dan agensi masing-masing dan bersiapsiaga dalam bersama membantu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat ketika banjir.
“Saya percaya semua kementerian juga sudah merangka dan menyusun strategi bagi memastikan tindakan yang akan diambil kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya tanpa melibatkan sebarang karenah birokrasi,” katanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek dan KSU kementerian lain.
Pada majlis itu 18 kementerian, termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia, menerima Anugerah Penarafan Lima Bintang bagi Program Keceriaan antara Kementerian yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022.
Kementerian Pendidikan pula dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan perbarisan Hari Kebangsaan 2022 diikuti naib johan Kementerian Pengangkutan dan tempat ketiga Kementerian Kesihatan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager