Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERHIMPUNAN #TANGKAPAZAMBAKI: POLIS TUTUP 6 JALAN UTAMA KUALA LUMPUR

DALAM NEGARA

PERHIMPUNAN #TANGKAPAZAMBAKI: POLIS TUTUP 6 JALAN UTAMA KUALA LUMPUR

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Polis akan menutup enam jalan utama di sekitar ibu negara susulan terdapat pihak merancang mengadakan perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung esok (Sabtu), di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, jalan tersebut melibatkan Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.

“Ini adalah enam jalan utama di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang akan terlibat dalam pelaksanaan tugasan dan kita akan membuat lencongan di jalan tersebut.

“Lencongan ini akan bermula pada jam 7 pagi pada 22 Januari 2022 sehingga selesai tugasan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Noor Dellhan, pihaknya menerima perintah dari mahkamah yang mengeluarkan larangan berhimpun di Dataran Merdeka, sekitar pusat beli-belah Sogo dan Masjid Jamek, di sini selama tujuh hari bermula Sabtu.

“Polis tak terima sebarang notis untuk makluman perhimpunan daripada mana-mana individu atau pihak seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kami terima perintah dari mahkamah pada 20 Januari (Khamis) untuk halang mana-mana pihak adakan sebarang perhimpunan di tiga lokasi tersebut selama tujuh hari,” katanya.

Sementara itu, beberapa stesen perkhidmatan pengangkutan awam juga akan ditutup sementara waktu atas faktor keselamatan dan nasihat daripada PDRM. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading