Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PERKAMPUNGAN SUNNAH TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA

DALAM NEGARA

PERKAMPUNGAN SUNNAH TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA

“Selain daripada mendapat sambutan luar biasa, kehadiran golongan muda merupakan satu petanda positif bahawa golongan ini semakin berminat dengan program keagamaan dan ingin mencari kebenaran,”

KANGAR: Setelah dua tahun tidak dapat diadakan akibat pandemik COVID-19, Perkampungan Sunnah siri ke-7 yang berlangsung pada 17 hingga 19 Jun di Masjid Alwi, mendapat sambutan luar biasa.

Pengarah Program Perkampungan Sunnah Siri ke-7, Hafiz Ahmad Hafiz Jaafar berkata sehingga hari ini seramai lebih 20,000 pengunjung telah hadir ke program tersebut dan kebanyakan mereka adalah dari golongan muda.

“Selain daripada mendapat sambutan luar biasa, kehadiran golongan muda merupakan satu petanda positif bahawa golongan ini semakin berminat dengan program keagamaan dan ingin mencari kebenaran,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata selain daripada rakyat Perlis, program ini turut mendapat sambutan daripada pengunjung luar negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Kemboja.

“Oleh kerana kehadiran bilangan pengunjung ramai dan kebanyakan hotel telah penuh, pihak penganjur telah meminta kerjasama dengan pihak pengurusan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Masjid Darul Ibadah, untuk memberi kebenaran kepada pengunjung yang kurang berkemampuan mengunakan kemudahan dan tidur di masjid,” katanya.

Hafiz Ahmad berkata sesuai dengan tema penganjuran ‘Bangkit Membela Sunnah’ dianjurkan program ilmu seperti kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah maghrib dan forum berkaitan dengan kebenaran Sunnah yang perlu diketahui oleh masyarakat umum. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading