JOHOR BAHRU: Meskipun terpaksa melakukan latihan suara sambil memandu berikutan kekangan masa, ia tidak menghalang Sofizah Mousin muncul johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, malam tadi.
Johan Qariah Sofizah Mousin (dua, kanan) bergambar bersama suaminya Ahmad Asrol Saidi (kiri), 36, serta anaknya Orked Nur Mikayla (dua, kiri), 4, dan Iris Nur Marissa (kanan), 1, selepas Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022.
JOHOR BAHRU: Meskipun terpaksa melakukan latihan suara sambil memandu berikutan kekangan masa, ia tidak menghalang Sofizah Mousin muncul johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, malam tadi.
Sofizah, 33, dari Selangor berkata beliau juga tidak dapat melakukan persiapan terbaik berikutan masalah kesihatan anaknya, dua minggu sebelum pertandingan.
“Biasanya saya buat latihan dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) di Pusat Islam Iskandar di sini malam tadi.
Guru geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor itu berkata dengan kekangan dihadapinya, beliau tidak menyangka menjadi pemenang setelah tiga kali menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan.
Menurutnya sokongan dan kata-kata semangat daripada keluarga terutama suami, Ahmad Asrol Saidi, 35, menjadi sumber kekuatan untuk pertandingan itu.
Dalam pada itu, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, 24, juga tidak menyangka dinobatkan johan qari memandangkan ini merupakan penyertaan pertamanya dalam pertandingan di peringkat kebangsaan.
“Jujur saya cakap, saya (rasa diri) ini kerdil… saya kata (pada diri sendiri), boleh ke hendak bersaing (dengan ramai peserta berpengalaman) tetapi kita bertanding untuk tilawah kena ikhlaskan diri,” katanya.
Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah itu telah beberapa kali menyertai Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat negeri sejak berusia 18 tahun, sebelum muncul juara tahun ini, sekali gus mewakili Perak bagi peringkat kebangsaan.
Beliau berkata misinya kini adalah melakukan persediaan bagi tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa serta bercadang untuk bertalaqi bersama hakim-hakim peringkat kebangsaan.
“Dari segi taranum, (saya) memerlukan latihan kerap kerana taranum kena ada kematangan, dari segi tajwid dan fasahah supaya baca lebih tenang dan tidak kalut,” katanya.
Sofizah dan Aiman Ridhwan menerima wang tunai RM15,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests