SIRIM BERHAD PERAK AKAN LAKSANAKAN PENSIJILAN DURIAN MUSANG KING
“Selain itu, pensijilan ini juga dapat menyelaraskan harga dari segi gred durian itu jadi tidaklah durian Musang King nanti dijual pada harga tidak munasabah,”
IPOH: Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad Perak akan melaksanakan pensijilan durian Musang King bagi menjamin kualiti dan menstabilkan harga ‘raja buah’ itu.
Pengarahnya Mohd Adzhar Ahmad berkata ketika ini pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang membangunkan piawaian standard khusus untuk pensijilan berkenaan yang dijangka dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.
“Setiap negara ada keperluan untuk mengimport sesuatu produk, sekiranya durian Musang King sudah ada pensijilan, tidak perlu ada banyak dokumentasi sekali gus dapat mengurangkan kerenah birokrasi.
“Selain itu, pensijilan ini juga dapat menyelaraskan harga dari segi gred durian itu jadi tidaklah durian Musang King nanti dijual pada harga tidak munasabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pekebun Durian Negeri Perak di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pekebun Durian Perak Nor Hisham Nayan berkata pihaknya sedang merancang beberapa inisiatif untuk membantu pekebun durian di negeri ini meningkatkan kualiti tanaman.
Nor Hisham berkata beberapa kursus akan dianjurkan untuk ahli persatuan itu dengan kerjasama pelbagai agensi seperti kursus lanjutan, kursus biodiversiti serta kursus kepada pekebun baharu.
“Kita juga akan melantik ahli jawatankuasa (AJK) di setiap daerah bagi memantau keperluan ahli. Saya bersama AJK akan turun padang memberi khidmat nasihat yang disediakan persatuan mengenai penanaman durian,” katanya dengan menambah persatuan itu mempunyai 500 ahli. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager