JOHOR BAHRU: Tatkala generasi muda masa kini lebih gemar mendengar muzik, seorang pemuda kurang upaya penglihatan memilih alunan bacaan al-Quran sebagai ‘halwa telinga’ dan belajar mendalami serta menghafal kalam Allah itu.
Muhammad Iman Izzuddin Jamaludin, 21, berasal dari Tenom, Sabah, gemar mendengar alunan bacaan al-Quran menerusi cakera padat sejak berusia empat tahun serta belajar menggunakan al-Quran braille dalam bentuk naskhah, sebelum beralih ke teknologi eBraille Al-Quran ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
“Saya memilih al-Quran kerana ia merupakan garis panduan untuk semua umat manusia, sebab itu saya memilih untuk membaca dan menghafalnya.
“Rasa tenang dengar ayat al-Quran (walaupun) pada mulanya agak susah untuk menghafal dari satu juzuk ke satu juzuk, tetapi semua dapat dipelajari dengan lancar,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu ketika ditemui di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2022 di Pusat Islam Iskandar, di sini malam tadi.
Muhammad Iman Izzuddin yang pertama kali menyertai MTHQK merupakan antara 28 peserta dari seluruh negara yang bertanding bagi kategori Hafazan al-Quran 10 Juzuk.
Beliau pernah menyertai pelbagai pertandingan dan merupakan johan mewakili Sabah bagi Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan pada 2018.
Sementara itu, bapa Muhammad Iman Izzuddin, Jamaludin Kassim, 59, berkata selain mendengar alunan bacaan al-Quran menggunakan cakera padat dan membaca eBraille, anaknya juga mengikuti kelas taranum sejak berusia 15 tahun.
“Iman (Muhammad Iman Izzuddin) belajar al-Quran secara persendirian dan apabila ada kelas taranum di Sabah, ketika tingkatan tiga saya masukkan dia kelas taranum dan belajar dengan qari yang pernah mewakili Sabah.
“Sejak usia 11 tahun, Iman sudah mengikuti pertandingan di sekolah dan pernah mewakili Sabah, saya harap Iman berjaya dalam apa jua impiannya,” katanya.
Muhammad Iman Izzuddin yang mengimpikan untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa turut berharap orang ramai mendekatkan diri dan berdamping dengan al-Quran untuk mendapatkan keredaan di dunia dan akhirat.
“Saya ingin memartabatkan qari orang kelainan upaya di persada antarabangsa dan di seluruh dunia… semoga impian saya tercapai insya-Allah,” katanya.
MTHQK 2022 berlangsung selama enam hari bermula 12 Jun lepas dengan penyertaan 110 peserta daripada seluruh negara. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests