Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERSELISIHAN PERHUBUNGAN DIPERCAYAI PUNCA NUR FARAH KARTINI DIBUNUH

DALAM NEGARA

PERSELISIHAN PERHUBUNGAN DIPERCAYAI PUNCA NUR FARAH KARTINI DIBUNUH

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan kes itu telah selesai dan suspek akan dituduh atas kesalahan membunuh di Mahkamah Kuala Kubu Bahru, hari ini.

HULU SELANGOR: Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan kes itu telah selesai dan suspek akan dituduh atas kesalahan membunuh di Mahkamah Kuala Kubu Bahru, hari ini.

“Kes Nur Farah Kartini telah selesai dan suspek akan dituduh di mahkamah esok (hari ini). Kita percaya (punca) ada kaitan perselisihan perhubungan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ‘Program Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Agama: Jenayah Tidak Mengenal Warna Kulit Di Hulu Selangor’ di sini malam ini.

Program itu dirasmikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan.

Hussein berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk menuduh suspek di mahkamah berdasarkan bahan bukti yang ditemui di beberapa lokasi di sini dan Perak.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6 petang pada 15 Julai lepas.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading