Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAWAT BANTUAN QATAR TIBA DI DAMSYIK BAWA 36 TAN BEKALAN MAKANAN

DUNIA

PESAWAT BANTUAN QATAR TIBA DI DAMSYIK BAWA 36 TAN BEKALAN MAKANAN

Menurut agensi berita Syria (SANA), penghantaran bekalan makanan itu, yang disediakan oleh Dana Qatar untuk Pembangunan, termasuk 360 bakul makanan dan 10 tan tepung.

Sumber Gambar: Media Sosial

ISTANBUL: Sebuah pesawat bantuan Qatar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada Isnin, membawa 36 tan bekalan makanan sebagai sebahagian daripada respons kecemasan udara Qatar, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.

Menurut agensi berita Syria (SANA), penghantaran bekalan makanan itu, yang disediakan oleh Dana Qatar untuk Pembangunan, termasuk 360 bakul makanan dan 10 tan tepung.

Bashar al-Assad, yang memimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan antirejim menguasai Damsyik pada 8 Dis, mengakhiri pemerintahan keluarganya selama beberapa dekad.

Pengambilalihan kepimpinan berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham menawan bandar utama dalam serangan kilat yang berlangsung kurang dua minggu.

Pentadbiran baharu yang diketuai Ahmed al-Sharaa kini mengambil alih pemerintahan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading