Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BEKALAN BERAS MENCUKUPI, RAKYAT TIDAK PERLU PANIK – MOHAMAD SABU

DALAM NEGARA

BEKALAN BERAS MENCUKUPI, RAKYAT TIDAK PERLU PANIK – MOHAMAD SABU

Bekalan beras dan makanan negara masih mencukupi serta stabil meskipun Malaysia bersiap menghadapi Monsun Timur Laut dan kemungkinan Super El Nino, sekali gus tiada keperluan untuk rakyat membuat pembelian panik.

KOTA BHARU: Bekalan makanan negara termasuk beras masih mencukupi dan stabil, justeru rakyat tidak perlu panik atau membuat pembelian secara berlebihan sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan kemungkinan fenomena Super El Nino.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini keadaan bekalan makanan negara masih terkawal dan rakyat belum perlu menyimpan stok makanan seperti beras dan telur dalam kuantiti yang banyak.

Menurutnya, kerajaan akan memaklumkan kepada rakyat sekiranya berlaku perubahan terhadap bekalan makanan negara yang memerlukan tindakan tertentu.

“Setakat ini kita tidak perlu panik apa-apa. Tidak perlu beli beras atau telur untuk simpan banyak-banyak.

“Insya-Allah kalau sampai peringkat itu kita akan beritahu tetapi setakat ini keadaan makanan masih stabil,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Skim Takaful Tanaman Padi di Bendang Belukar, hari ini.

Mohamad turut memberi jaminan bekalan beras ketika ini mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat meskipun negara sedang membuat persediaan menghadapi perubahan cuaca dan kemungkinan gangguan terhadap sektor agromakanan.

“Cukup. Masih ada. Beras pun cukup, insya-Allah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persediaan stok makanan menghadapi MTL. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top