PESAWAT TENTERA UDARA FILIPINA TERHEMPAS, DUA MAUT

Gambar serpihan pesawat SF260 yang terhempas.

MANILA: Jurucakap tentera berkata sebuah pesawat Tentera Udara Filipina (PAF) terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan pada Rabu.

Jurucakap PAF Ma. Consuelo Castillo dalam satu kenyataan berkata pesawat SF260 dengan dua juruterbang itu terhempas di wilayah Bataan, barat Manila, lapor Xinhua.

Castillo berkata pesawat itu berlepas dari pangkalan tentera di Sangley Point di wilayah Cavite sekitar 9.59 pagi waktu tempatan.

“Kami kehilangan jejak pesawat lebih 30 minit selepas penerbangan berlepas,” katanya.

Radio tempatan DZBB berkata serpihan pesawat itu ditemui di bandar Pilar di Bataan bersama mayat dua juruterbang itu. — AlHijrah Online

Leave a Reply