JOHOR DIJANGKA TERIMA HUJAN LEBAT HINGGA HUJUNG MINGGU INI
JOHOR BAHRU: Johor dijangka terus menerima hujan lebat hingga hujung minggu ini susulan terdapat perubahan ketara pada cuaca setempat di lokasi tempatan serta kadar keamatan (intensity) hujan di beberapa lokasi.
Gambar fail banjir di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Johor. – Bernama
JOHOR BAHRU: Johor dijangka terus menerima hujan lebat hingga hujung minggu ini susulan terdapat perubahan ketara pada cuaca setempat di lokasi tempatan serta kadar keamatan (intensity) hujan di beberapa lokasi.
Pengarah Pelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai fasa Monsun Timur Laut yang menyebabkan keadaan hujan lebat ini.
Justeru, beliau yang juga Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar dan Pelestarian UTM, berkata rakyat negeri ini dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir, selain sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa.
“Kita kini berada dalam fasa Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir awal Mac ini. Sepatutnya (fasa kekerapan hujan lebat) berakhir pertengahan Januari seperti tahun sebelumnya tapi kelihatan terdapat perubahan ketara hingga ke Februari dan Mac, manakala pada April akan berlaku peralihan monsun yang menyebabkan keamatan hujan berkurangan.
“Oleh itu, kita dapat lihat trend keamatan taburan hujan yang tinggi seperti di Segamat, Kota Tinggi dan Kluang dalam beberapa hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Fadhil berkata pelbagai faktor mempengaruhi perubahan cuaca antaranya taburan angin di kawasan tropika, iaitu perubahan sedikit pun akan mempengaruhi atau membawa perubahan ketara kepada cuaca mikro di kawasan tempatan serta luruan angin monsun.
“Contohnya, di Johor Bahru baru-baru ini hujan lebat melebihi tiga jam tetapi di lokasi lain taburan hujannya sederhana dan ini disebabkan pengaruh cuaca mikro,” katanya.
Selain itu, menurutnya kadar purata keamatan hujan sebanyak 110 milimeter (mm) yang direkodkan di 23 stesen hujan di Segamat semalam, disifatkan sangat tinggi yang boleh mengakibatkan banjir berbanding kadar purata keamatan hujan minimum sehari sebanyak 10 hingga 15mm.
“Saya rasa pihak berkuasa banyak mengeluarkan maklumat awam, analisis dan informasi awal berkenaan banjir, jadi bergantung kepada agensi dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk buat tindakan supaya komuniti siap siaga.
“Saya pasti Jabatan Pengairan dan Saliran juga sudah mula menggerakkan usaha penyelenggaraan sungai serta parit sebagai usaha berterusan. Yang penting, kena ada kesedaran di pihak masyarakat supaya jangan membuang sampah serta buat persediaan lain bagi mengurangkan impak banjir,” katanya.
Mengikut data laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, daerah Kota Tinggi dan Kluang turut mencatatkan kadar purata keamatan hujan yang tinggi, masing-masing menerima 148 mm di 18 stesen dan 116 mm di tujuh stesen cerapan hujan semalam.
Setakat 2 petang ini, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,207 orang daripada 1,164 keluarga yang kini ditempatkan di 45 pusat pemindahan sementara di Segamat, Muar, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Mersing. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked