DALAM NEGARA
PH, BN BENTUK KERAJAAN PERAK
IPOH: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bersama-sama membentuk kerajaan negeri di Perak.
IPOH: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bersama-sama membentuk kerajaan negeri di Perak.

IPOH: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bersama-sama membentuk kerajaan negeri di Perak.
Pengerusi BN Perak yang juga Pengerusi UMNO negeri Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau dan Bendahari DAP Perak Howard Lee Chuan How telah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan menyembah maklum persetujuan kedua-dua gabungan mengenai perkara itu.
“Itu yang kami persembahkan dan terpulang kepada Tuanku sama ada baginda yakin dan setuju perkenan dengan cadangan penubuhan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini hari ini.
Ini susulan tiada gabungan yang memperoleh majoriti mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR negeri Muhamad Arafat Varisai Mahamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Terdahulu dalam kenyataan bersama, PH dan BN Perak bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri.
“BN dan PH secara bersama telah memenangi 33 kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang telah diadakan pada 19 Nov 2022.
“Demi kepentingan rakyat dan negara, BN dan PH Perak telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Perak dan maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa yang terdekat,” menurut kenyataan itu.
Pengerusi Amanah Perak Datuk Asmuni Awi dalam kenyataan video berkata langkah itu akan membentuk kerajaan negeri yang stabil sebagai memenuhi hasrat kebanyakan rakyat yang ingin melihat kerajaan baharu yang berjaya mentadbir negeri.
Keputusan PRU15 menyaksikan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh 26 kerusi DUN manakala PH pula menawan 24 kerusi dan sembilan kerusi dimenangi BN.
Kerajaan Negeri Perak sebelum ini dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu BN, Bersatu dan PAS. – AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Seorang bapa tidak menyangka keizinan yang diberikan kepada anak bongsunya untuk menemani rakan mengambil pakaian, menjadi...
Perkhidmatan Sulh Fast Track diperkenalkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sebagai inisiatif bagi membolehkan pertikaian kekeluargaan...
Enam lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan menculik seorang...
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali menegaskan institusi diraja sentiasa menjunjung prinsip berkecuali dan...
Hubungan baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa adalah...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.