PKP TIDAK HALANG PASANGAN POLIS GENGGAM IJAZAH SARJANA
Insp Mohd Hafiz Hafizul Mohd Khaidir, 35, dan isteri Insp Siti Narika Amirudin, 34, antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini, bersyukur akhirnya dapat menamatkan pengajian mereka dalam tempoh dua tahun.
SERDANG: Cabaran yang dihadapi sebagai petugas barisan hadapan, khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak sesekali melunturkan semangat sepasang suami isteri untuk menggenggam ijazah sarjana dalam bidang komunikasi.
Insp Mohd Hafiz Hafizul Mohd Khaidir, 35, dan isteri Insp Siti Narika Amirudin, 34, antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini, bersyukur akhirnya dapat menamatkan pengajian mereka dalam tempoh dua tahun.
Mohd Hafiz Hafizul yang juga Pegawai Penguatkuasa di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur berkata segala cabaran dan halangan dihadapi menjadi pencetus semangat untuk meneruskan pengajian, di samping menabur bakti kepada masyarakat serta negara tercinta.
“Sepanjang tempoh pengajian, kami bukan sahaja terpaksa bekerja dalam tempoh 24 jam secara bergilir sementara cuti pula dibekukan.
“Dalam tempoh itu juga, kami terpaksa belajar secara dalam talian walaupun ketika waktu operasi sekatan jalan raya dengan suasana bising akibat daripada bunyi kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Siti Narika yang pada suatu ketika hampir berputus asa, bersyukur pensyarah dan majikan begitu memahami keadaan mereka.
“Masa itu kami rasa tak boleh nak beri komitmen lagi. Banyak benda perlu dibuat dalam satu-satu masa. Belum lagi masa dengan anak-anak.
“Tapi pensyarah sentiasa memberi kata-kata semangat dan bertolak ansur terutamanya dalam soal tugasan,” katanya yang bertugas sebagai Pegawai Perlesenan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Menurut pasangan yang mempunyai dua orang anak itu, mereka memilih jurusan itu kerana kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi anggota polis terutama dalam aspek penyampaian maklumat serta pencegahan jenayah kepada rakyat.
Terdahulu, Pro Canselor UPM Prof Emeritus Datuk Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie menyampaikan ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda kepada 830 graduan pada majlis konvokesyen itu.
Dalam pada itu doktor veterinar A. Khanmani, 28, sangat berpuas hati dapat membanggakan ibunya apabila memperoleh Ijazah Sarjana Sains Veterinar dengan keputusan cemerlang.
Anak sulung dari empat beradik itu berkata ibunya seorang pemandu bas sekolah hilang pekerjaan semasa PKP, justeru beliau mengambil inisiatif menjual manisan tradisional India ladu secara dalam talian bagi menyara kehidupan.
“Ketika itu saya terpaksa belajar secara dalam talian dan walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan, saya juga perlu berusaha mencari nafkah membantu ibu.
“… dan walaupun ada kekangan kerana belajar dari rumah, saya bersyukur dapat lulus dengan cemerlang. Setiap perkara yang saya buat, saya pasti akan melakukannya dengan terbaik, supaya ibu bangga,” katanya yang turut berhasrat melanjutkan pengajian pada peringkat PhD.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.