Tan berkata mereka menggunakan allen key yang diubah suai untuk mencuri motosikal dengan mudah sebelum kenderaan itu dibawa ke inap desa di Padang Besar dan seterusnya diseludup ke negara jiran dengan menjual kepada orang tengah pada harga RM1,000 bagi setiap motosikal.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San menunjukkan gambar suspek yang telah ditahan berhubung kes curi motosikal ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT hari ini. — fotoBERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Geng curi motosikal tumpas selepas dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam 87 kes curi motosikal di Pulau Pinang dan Kedah, dalam dua serbuan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata tangkapan itu hasil penubuhan pasukan khas Op Lejang Waze pada Ogos lepas setelah menerima lebih 10 laporan polis berkaitan kes kecurian motosikal di kawasan parkir Stesen KTM Bukit Mertajam dan Bukit Tengah, di sini sejak Jun.
Beliau berkata bertindak hasil risikan dan intipan yang dijalankan, polis berjaya mengesan suspek pertama berusia 46 tahun di sebuah inap desa di Padang Besar, Perlis pada 6.25 petang 23 Nov lepas dipercayai sedang merancang untuk menyeludup motosikal dicuri ke negara jiran.
“Susulan penahanan itu, polis menahan rakannya berusia 41 tahun di stesen bas di Butterworth, di sini pada 26 Nov dan siasatan mendapati suspek berada di situ dipercayai mahu mencuri motosikal di kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua lelaki yang berasal dari Perlis itu datang ke Pulau Pinang dan kemudiannya mencuri hanya motosikal jenis Honda Waze Alpha yang diparkir di stesen KTM, pasar awam serta hospital di kawasan bahagian tanah besar negeri itu.
Tan berkata mereka menggunakan allen key yang diubah suai untuk mencuri motosikal dengan mudah sebelum kenderaan itu dibawa ke inap desa di Padang Besar dan seterusnya diseludup ke negara jiran dengan menjual kepada orang tengah pada harga RM1,000 bagi setiap motosikal.
Katanya, modus operandi geng itu menukar nombor plat motosikal dicuri dengan nombor pendaftaran negara jiran untuk dibawa ke sana dan kebanyakannya digunakan di ladang dan setakat ini polis telah mengenal pasti suspek (orang tengah) di negara jiran.
“Setiap kali geng itu mahu menyeludup motosikal curi ke negara jiran, mereka akan gunakan nombor plat sama sahaja iaitu yang sah kerana mempunyai dokumen betul untuk dibawa ke sana dan ia juga bagi mengelak jenayah dikesan pihak berkuasa di sempadan,” katanya,
Menurut beliau berdasarkan siasatan, dua lelaki itu terlibat 30 kes curi motosikal di sekitar Pulau Pinang dan 57 kes di Kedah dengan mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah berkenaan sejak tahun lepas sehingga mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan.
Polis turut merampas dua buah motosikal curi, peralatan untuk mencuri, pakaian dan beberapa dokumen yang digunakan untuk ke negara jiran, katanya.
Tan berkata suspek pertama mempunyai 31 rekod lampai manakalan rakannya dengan sembilan rekod berkaitan jenayah serta dadah. Kedua-dua mereka direman sehingga 4 Dis ini dan kes disiasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests