KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pengumuman itu, hasil kerjasama baik dan persefahaman antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.
“Kita tunggu daripada Perdana Menteri esok. Intro nya berkaitan dengan serba sedikit barang makanan yang lazim kita makan seharian, jadi ada berita baik daripada Perdana Menteri.
“Tetapi ia menunjukkan bahawa bila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri, pihak kerajaan dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, jadi kita berupaya untuk buat pengumuman seperti yang akan diumumkan Perdana Menteri esok,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mydin Mart Pantai Dalam dan menyampaikan sumbangan Aidiladha kepada penduduk di Parlimen Lembah Pantai, hari ini.
Ditanya sama ada pengumuman itu mengenai beras, Fahmi berkata semua pihak perlu menunggu pengumuman istimewa daripada Perdana Menteri itu esok.
Sementara itu Fahmi berkata beliau menghargai pembukaan Mydin Mart di Lembah Pantai yang menawarkan produk dan barangan segar dengan harga berpatutan.
Beliau turut memuji tindakan pihak pengurusan pasar raya itu, kerana tidak menaikkan harga barang seperti yang dilakukan beberapa peniaga lain atas alasan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“(Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad) Datuk Dr Ameer Ali Mydin jelaskan tadi, tidak perlu ada kenaikan harga barang kerana subsidi diesel bagi sektor logistik masih diteruskan dan mereka masih menerima subsidi diesel RM2.15 sen satu liter.
“Jadi saya tegaskan langkah (penyasaran subsidi) kerajaan adalah untuk membantut aktiviti penyeludupan dan laporan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) menunjukkan berlaku perubahan dari segi pola jualan diesel yang cukup mendadak dan ini memberi keyakinan kita untuk meneruskan subsidi kepada kumpulan yang layak dan memerlukan adalah tepat,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai memanfaatkan aplikasi price checker yang dibangunkan KPDN, bagi membuat perbandingan harga dan mendapatkan barangan dengan harga lebih murah.
Dalam pada itu Fahmi berkata pihaknya juga telah memulakan usaha untuk memanfaatkan produk tempatan sebagai barangan pilihan, dalam memberi sumbangan kepada orang ramai.
Fahmi berkata usaha itu dapat membantu produk tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dijamin berkualiti dan berpatutan, diperkenalkan kepada semua peringkat. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked