PM ANWAR MAHU MALAYSIA JADI NEGARA MADANI YANG HIDUPKAN PENGHAYATAN ROH ISLAM
“Kita mulakan mata pelajaran wajib bagi anak-anak Islam di semua sistem pendidikan negara untuk menelaah 40 hadis, terjemahannya dan syarahannya, tetapi kemuncak tentunya penguasaan ilmu dan hadis dan itu yang kita upayakan.”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Penutup Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhairi Peringkat Kebangsaan 2024 di Masjid Putra malam ini. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (duduk barisan depan dua, kanan) dan Mufti Besar India Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari (duduk barisan depan, kanan). –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Beliau berkata kemajuan, pembangunan dan kemampanan dalam negara ini mesti berteraskan nilai, keyakinan, jati diri, akidah dan akhlak.
“Sebab itu, untuk menyemarakkan Islam, persiapannya, pencerahannya dan ilmu sangat penting.
“Kita mulakan mata pelajaran wajib bagi anak-anak Islam di semua sistem pendidikan negara untuk menelaah 40 hadis, terjemahannya dan syarahannya, tetapi kemuncak tentunya penguasaan ilmu dan hadis dan itu yang kita upayakan,” katanya semasa berucap pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Antara ulama terkenal yang hadir menyemarakkan majlis ilmu itu ialah Mufti Besar India Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari, Sheikh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar, Sheikh Ismoil Muhammad Sadiq dari Uzbekistan dan Prof Dr Sheikh Yusri Rushd Jabar Al-Hasani dari Mesir.
Anwar berkata penganjuran Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari diharap dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang menghidupkan roh Islam.
“Saya ingat lagi pesanan Al-Allamah Sheikh Abu Bakar, beliau pesan kepada saya apabila pegang jawatan sebagai Perdana Menteri, usahakanlah supaya ada majlis yang disebut Sama’ Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari setiap tahun.
“Tahun lepas kita mulakan dengan sederhana dan alhamdulillah tahun ini kita saksikan kejayaan membanggakan,” katanya.
Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 merupakan kemuncak penganjuran Majlis Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa yang telah bermula sejak 10 Nov lepas.
Dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan At-Taibah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), program itu telah menerima penyertaan peserta dari dalam dan luar negara, seperti India, Arab Saudi, Mesir, Syria, Libya, Tunisia, Uzbekistan dan Indonesia. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests