Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) menerima Kitab Sahih al-Bukhairi daripada Mufti Besar India Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari (kanan) pada Majlis Perasmian Penutup Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhairi Peringkat Kebangsaan 2024 di Masjid Putra malam ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
Berucap pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di sini hari ini, beliau berkata pesanan itu disampaikan Sheikh Abu Bakar secara peribadi kepadanya sewaktu pertemuan di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.
“Sheikh mengingatkan kepada saya supaya istiqamah dan mengingatkan kepada saya ayat al-Quran tentang mengusahakan sesuatu dengan sabar.
“(Laksana tugasan) dengan penuh rahmah dan kasih sayang dan jangan rasa gusar sekiranya diugut, dihina, dicerca atau difitnah,” kata beliau.
Anwar berkata Sheikh Abu Bakar turut menitipkan supaya sentiasa berserah dan bertawakal kepada Allah selepas melaksanakan segala usaha dan ikhtiar dalam sesuatu perkara.
Sementara itu, Anwar berkata Malaysia lantang dalam menyuarakan hasrat menyingkirkan Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di pentas dunia.
“Pada sidang APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) berdepan dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Presiden (China) Xi Jinping dan Presiden Perancis Emmanuel Macron, saya ulangi perkara itu dan juga dalam sidang G20.
“Bukan kerana kita negara besar, (tetapi) kerana kita negara MADANI … tertegak kerana keyakinan, nilai, menghormati nilai kemanusiaan, keadilan dan kebenaran maka kita suarakan,” katanya.
Lebih 10,000 jemaah hadir pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari termasuk penyertaan dari luar negara juga wakil-wakil kementerian, agensi, para pendakwah, ilmuwan serta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, madrasah dan institusi agama.
Program itu dimulakan dengan sesi bacaan Yasin dan solat hajat selepas solat isyak, kemudian diserikan dengan syarahan perdana dan pengijazahan sahih Al-Bukhari oleh Sheikh Abu Bakar. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests