Sepasang suami isteri dan seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 51.974 kilogram pada 11 Nov lepas.
SLIM RIVER: Sepasang suami isteri dan seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 51.974 kilogram pada 11 Nov lepas.
Mohammad Amirul Samsudin, 27, dan isteri Zaharah Farhana Zamri, 26, serta rakan mereka Muhammad Firdaus Nazeri, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret G Phulrani Kaur.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa mengedar 51.974 gram dadah jenis methamphetamine di parkir sebuah Pusat Perniagaan Slim Perdana, Jalan Perdana dalam daerah Mualim pada 3.35 petang 11 Nov lepas.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B (2) akta yang sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati hendaklah dihukum sebatan tidak kurang 12 kali.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 24 Jan tahun depan sebagai tarikh serahan laporan kimia dan sebutan semula kes.
Pada 14 Nov lepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kontinjen Perak dan Perlis menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri di kawasan tempat letak kereta di sebuah Pusat Perniagaan Slim Perdana.
Ketiga-tiga individu berkenaan berperanan sebagai transporter (penghantar) dan polis mendapati 50 bungkusan plastik mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine di dalam beg pakaian yang diletakkan di but sebuah kenderaan.
Modus operandi sindiket itu dengan menyeludup masuk bekalan dadah dari negara jiran dan diedarkan untuk pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang menggunakan jalan darat. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked