POLIS AKAN RAKAM KETERANGAN SITI BAINUN SIASAT KEMATIAN BABY ADAM
Polis akan merakam keterangan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, bagi membantu inkuiri kes kematian bayi lelaki berusia 10 bulan Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim, atau Baby Adam, pada 2020.
KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, bagi membantu inkuiri kes kematian bayi lelaki berusia 10 bulan Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim, atau Baby Adam, pada 2020.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata proses merakam keterangan daripada Siti Bainun terpaksa ditangguhkan apabila wanita itu kini berdepan perbicaraan di Mahkamah Jalan Duta.
“Kita sepatutnya merakam keterangan daripada wanita itu beberapa hari yang lalu dan kita akan panggil dalam masa terdekat.
“Setakat ini, kita merakam keterangan daripada beberapa individu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Op Selamat Kontinjen Kuala Lumpur di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun HS Lee oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.
Beliau berkata seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Fadli akan turut dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.
Ashari berkata lelaki itu telah mendakwa dalam media sosial kononnya tiada proses bedah siasat dilakukan ke atas mayat Baby Adam.
“Dakwaan itu tidak berasas dan kita sedang berusaha mengesan lelaki itu… Kami nak tahu dari mana dia memperoleh maklumat mengenai proses bedah siasat.
“Ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan awam dan membawa kepada tanggapan kononnya polis tidak melakukan siasatan yang sebaiknya dalam kematian Baby Adam… sepatutnya dia rujuk kepada polis dan mendapatkan fakta yang betul,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bibi Sunita S Khan membuat laporan polis meminta supaya kertas siasatan berkaitan kematian Baby Adam dua tahun lepas dibuka semula.
Bibi Sunita mendakwa kematian Baby Adam pada 3 Mei 2020 mempunyai kaitan dengan isu penderaan di pusat perlindungan Rumah Bonda di Taman Setapak di sini dan terdapat keraguan terhadap laporan kematian mangsa yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut serta kaitan dengan latar belakang sejarah penyakitnya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.