Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BUAT LAPORAN TERHADAP FITNAH PENIAGA BURGER

DALAM NEGARA

POLIS BUAT LAPORAN TERHADAP FITNAH PENIAGA BURGER

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat laporan polis terhadap penularan satu video yang disifatkan berunsur fitnah dan tohmahan yang ditularkan seorang lelaki semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata video itu telah dikongsikan pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’ dan tular di laman Facebook ‘Hot Burger Malaysia’.

Jelasnya dalam video berkenaan pemilik akaun ‘Asri Janggut’ telah membuat kenyataan berhubung aktiviti perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Ujar Shafa’aton laporan polis berkenaan dibuat oleh seorang anggota polis.

“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,” katanya pada sidang media hari ini.

Tegas Shafa’aton pihak polis tidak pernah berkompromi dengan mana-mana sindiket perjudian dan penyeludupan seperti didakwa pemilik akaun Facebook tersebut.

Dalam video yang tular semalam pemilik akaun berkenaan turut tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger miliknya yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Shafa’aton berkata dua kertas siasatan dibuka melibatkan laporan daripada pengadu yang merupakan pegawai polis dan MBSA.

Pemilik Facebook terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading