IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang giat menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat Covid-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang jururawat di sebuah klinik kesihatan di Ipoh.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, tindakan itu berikutan anggota kesihatan terbabit disahkan positif Covid-19.
Menurut Dr Ding, anggota kesihatan terbabit sudah menjalani saringan selepas menunjukkan gejala jangkitan saluran pernafasan di sebuah klinik kesihatan pada Rabu lalu sebelum ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 didapati positif pada keesokannya.
“Ketika ini, anggota terbabit sudah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Siasatan rapi untuk mengesan punca jangkitan masih dijalankan.
“Saringan awal ke atas lima orang kontak keluarga yang tinggal serumah dengan anggota ini didapati negatif untuk Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Dr Ding berkata, pihaknya mengambil maklum mesej tular di media sosial membabitkan seorang lelaki yang marah terhadap tindakan anggota kesihatan itu masih menjalankan tugas meskipun mempunyai gejala jangkitan saluran penafasan.
Terdahulu, tular di Facebook seorang lelaki menyatakan isteri dan anaknya diminta untuk membuat saringan selepas seorang anggota kesihatan yang menjalankan tugas di kemudahan berkenaan positif Covid-19.
Lelaki terbabit mendakwa isteri dan anaknya menerima rawatan daripada jururawat berkenaan ketika menjalankan pemeriksaan rutin di klinik kesihatan itu.
Mengulas lanjut, Dr Ding berkata, anggota kesihatan berkenaan sebelum ini mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) dan bukan diletakkan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) untuk jangkitan Covid-19.
“Anggota itu juga tidak mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kedah dan tiada sejarah kontak rapat dengan mana-mana kes positif Covid-19 sebelum ini.
“Sepanjang menjalankan tugas dalam tempoh ini, anggota ini sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pensanitasi tangan,” katanya. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager