PEROKOK DAN PEMINUM ARAK DI TAMAN AWAM DI SELANGOR AKAN DIKOMPAUN

SHAH ALAM: Berkuatkuasa 30 Julai lalu, Selangor telah menguatkuasakan larangan merokok dan meminum arak di taman awam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya memberi tempoh tiga bulan untuk fasa mendidik orang awam dan sekiranya masih berdegil selepas tempoh itu, tindakan kompaun akan diambil.

“Kita akan mulakan dengan aktiviti pendidikan termasuk memasang papan tanda dan menasihati mereka yang telibat,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Larangan Aktiviti Minum Arak dan Merokok, di Shah Alam.

Tambahnya peraturan baharu yang dilaksanakan itu diharap mampu melahirkan suasana yang lebih harmoni dan mewujudkan amalan hidup sihat dikalangan masyarakat.

Ujarnya juga sekiranya kempen larangan ini berkesan, kerajaan negeri bersedia mengkaji larangan yang sama di kawasan awam yang lain.

Selain itu katanya kerajaan negeri akan menghadkan penjualan dan pengeluaran lesen minuman keras di kedai serbaneka. — AlHijrah Online

Leave a Reply