POLIS MINTA MCMC, CSM JEJAK SUMBER E-MEL ANCAMAN BOM DI BANK NEGARA
Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Cyber Security Malaysia (CSM) bagi menjejak sumber e-mel berhubung ancaman bom di Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.
KUALA LUMPUR: Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Cyber Security Malaysia (CSM) bagi menjejak sumber e-mel berhubung ancaman bom di Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata siasatan berhubung ancaman itu dibuat susulan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti pelaku.
Beliau berkata buat masa ini, polis belum mengenal pasti individu yang menghantar e-mel berkenaan.
“Oleh itu, kami akan minta MCMC dan CSM untuk jejak sumber e-mel berkenaan,” katanya pada sidang media Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2 di sini hari ini.
Semalam, kakitangan BNM menerima satu e-mel mengenai ancaman bom pada 3 petang, namun pemeriksaan hampir dua jam oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ancaman tersebut tidak benar dan pusat kewangan negara itu disahkan selamat.
Sementara itu, Allaudeen berkata setakat ini polis selesai merakam keterangan 27 individu bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan tanpa permit di ibu negara pada Sabtu lepas.
Beliau berkata buat masa ini berbaki dua lagi individu yang belum tampil daripada keseluruhan 29 yang telah dikenal pasti untuk dirakam percakapan walaupun tarikh akhir untuk berbuat demikian telah ditetapkan hingga semalam.
“Dua individu berkenaan diharap dapat tampil kalau tidak kita akan keluarkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah hari ini juga. Itu jalan terakhir kita untuk selesaikan siasatan sebelum rujuk Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pada 16 Sept, seramai 850 peserta hadir di perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang telah disahkan polis sebagai tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal mengemukakan permohonan lengkap mengikut keperluan Jadual 4 dalam Seksyen 10 akta berkenaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager