POLIS NEW ZEALAND PERKENAL UNIFORM UNTUK WANITA BERHIJAB

Hijab kini menjadi sebahagian uniform pasukan polis New Zealand, khusus buat anggota beragama Islam. Sumber: http://www.nzherald.co.nz

WELLINGTON: New Zealand mula memperkenalkan pakaian seragam polis bagi anggota wanita beragama Islam yang bertudung.

Rekaan uniform berkenaan dibuat salah seorang anggota polis, Zeena Ali, 30. Beliau mula menyertai bidang kepolisan selepas tragedi berdarah di Christchurch, Mac tahun lepas yang menyaksikan serangan bersenjata ke atas para jemaah di dua masjid.

Menurut Zeena, lebih ramai wanita beragama Islam kini diperlukan sebagai anggota keselamatan, khususnya dalam membantu masyarakat Islam, sebagai mana apa yang berlaku di Christchurch yang terang-terangan menyasarkan komuniti Islam.

Zeena juga optimis jika ramai wanita menyertai bidang kepolisan dan petugas barisan hadapan, ia mampu, mereka mampu membantu mengurangkan kadar jenayah, khususnya di New Zealand.

“Saya bangga jadi anggota polis wanita pertama bertudung, dan berasa ‘hebat’. Ia kerana dapat saya menunjukkan bahawa pasukan polis New Zealand juga kini mempunyai pakaian seragam berhijab.”

Zeena Ali,
Anggota Polis New Zealand

Zeena juga yakin, dengan pengenalan pakai seragam polis versi berhijab ini, maka semakin ramai wanita Islam akan turut serta menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan New Zealand.

Beliau turut gembira kerana dapat berkhidmat kepada tanah airnya sambil menjunjung prinsip dan kepercayaan agama Islam yang dianutinya.

Polis New Zealand, dalam pada itu meraikan kepelbagaian latar belakang pemohon yang ingin menyertai pasukan keselamatan itu.

Dalam halaman pengambilan pasukan itu, polis New Zealand “mengiktiraf perbezaan perspektif dan pengalaman pemohon”. Ia disifatkan sebagai mampu meningkatkan kebolehan pasukan itu.

Ia juga menyebut “perbezaan” itu sebagai satu yang perlu untuk berkhidmat kepada masyarakat pelbagai agama di negara itu. – AlHijrah Online

Leave a Reply