Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MISTERI KEHILANGAN ABANG IPAR TERUNGKAI

DALAM NEGARA

MISTERI KEHILANGAN ABANG IPAR TERUNGKAI

PENDANG: Misteri kehilangan seorang lelaki sejak semalam akhirnya terjawab apabila mayat Mohd Khairil Saad, 33, ditemui lemas dalam Sungai Paya Palas dekat Pendang, Kedah.

Menurut adik ipar mangsa, Mohamad Faizal Mohd Jamel, 33, abang iparnya itu datang ke rumahnya dan meminjam motosikal pada jam 8 pagi semalam namun tidak pulang menyebabkan mereka sekeluarga risau.

Mohamad Faizal berkata mereka kemudian melaporkan kehilangan abang iparnya kepada pihak polis semalam sebelum dimaklumkan jasad Mohd Khairil ditemui terapung pagi tadi di Sungai Paya Palas.

Mayat Mohd Khairil ditemui terapung di sungai berkenaan pada jam 10.35 pagi tadi oleh sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang.

Lelaki berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut dan mayatnya ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari tempat dia terjatuh.

Motosikal serta kasut milik mangsa ditemui di atas sebuah titi berhampiran sungai terbabit.

Menurut Mohamad Faizal, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Kerchut sejurus selepas segala urusan selesai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba (I) Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading