Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENAMATAN PKPB DI BEBERAPA NEGERI MUNGKIN DIUMUM JUMAAT INI

DALAM NEGARA

PENAMATAN PKPB DI BEBERAPA NEGERI MUNGKIN DIUMUM JUMAAT INI

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin akan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di beberapa buah negeri di semananjung sekiranya sudah disahkan sebagai zon hijau atau menunjukkan penurunan kes.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu akan diumum pada Jumaat ini.

“Ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menilai dari segi jumlah kes, penilaian risiko dan keberangkalian jangkitan.

“KKM akan bentang pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jumaat ini. Insya-Allah kalau tiada peningkatan kes dan sudah dianggap zon hijau maka kemungkinan beberapa negeri akan ditamatkan PKPB,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan PKPB dikuatkuasakan di seluruh semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading