Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PAHANG TELITI CADANGAN WAJIBKAN ANAK BERUSIA 7 HINGGA 11 TAHUN IKUTI KELAS KAFA

DALAM NEGARA

PAHANG TELITI CADANGAN WAJIBKAN ANAK BERUSIA 7 HINGGA 11 TAHUN IKUTI KELAS KAFA

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. KREDIT GAMBAR SINAR HARIAN

KUANTAN: Kerajaan Pahang sedia untuk meneliti dan mempertimbangkan cadangan mewajibkan setiap anak pasangan Islam berusia tujuh hingga 11 tahun di negeri itu mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Memetik laporan Utusan Malaysia, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, cadangan berkenaan sesuai untuk dipertimbangkan kerana memberi manfaat dan kebaikan kepada kanak-kanak.

“Kita lihat cadangan ini cukup baik dan kerajaan negeri pertimbangkan kerana KAFA memberi kesan positif kepada anak-anak.

“Kita akui kelas pengajian KAFA mendapat sambutan hangat sama ada di kampung, taman dan bandar yang dilaksana serta diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli DUN Berserah, Andasura Rabu yang mencadangkan supaya kelas pengajian Kafa diwajibkan kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga 11 tahun bermula 2023 bagi memastikan pembentukan peribadi anak-anak dapat diterapkan di peringkat awal. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading