Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS PUKUL PESALAH JALAN RAYA DITUKARKAN SERTA-MERTA

DALAM NEGARA

POLIS PUKUL PESALAH JALAN RAYA DITUKARKAN SERTA-MERTA

Pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah yang terlibat kejadian mengasari pesalah jalan raya telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran dengan serta-merta.

Tangkap layar video tular.

GEORGE TOWN: Pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah yang terlibat kejadian mengasari pesalah jalan raya telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran dengan serta-merta.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian yang dirakam dengan kamera papan pemuka (dashcam) itu dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 pagi 8 Mei lalu di Bukit Mertajam dan telah dimuat naik menerusi akaun Facebook Penang My Hometown.

Katanya, pihaknya sendiri telah membuat satu laporan polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Pihak polis akan mengenal pasti serta mendapatkan keterangan daripada pemilik akaun Facebook tersebut untuk siasatan lanjut.

“Selain itu, kita juga sedang mengesan mangsa yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut sementara kertas siasatan bagi kedua-dua kes itu telah dibuka bagi siasatan lebih terperinci,” katanya.

Jelas Mohd Shuhaily, kesemua anggota trafik terlibat telah dilucut sementara daripada tugas hakiki sehingga siasatan selesai.

“Polis tidak akan berkompromi dengan pegawai polis melakukan salah laku yang bertentangan dengan undang-undang dan prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu tular video memaparkan beberapa anggota polis trafik yang mengasari pesalah jalan raya di sebuah sekatan jalan raya di kawasan Bukit Mertajam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading