Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS RAMPAS 1.4 TAN METRIK DAUN KETUM DI TAPAK PEMBINAAN DI TANAH MERAH

UTAMA

POLIS RAMPAS 1.4 TAN METRIK DAUN KETUM DI TAPAK PEMBINAAN DI TANAH MERAH

Polis merampas sebanyak 1.4 tan metrik daun ketum yang disembunyikan di dalam sebuah van di kawasan tapak pembinaan dekat Jalan Baru Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah semalam.

KOTA BHARU: Polis merampas sebanyak 1.4 tan metrik daun ketum yang disembunyikan di dalam sebuah van di kawasan tapak pembinaan dekat Jalan Baru Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Bunga hasil maklumat orang awam pada kira-kira 8 malam.

“Ketika rondaan dijalankan, anggota polis menemukan sebuah van jenis Toyota berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa bungkusan plastik hitam di dalam kenderaan itu yang disyaki mengandungi daun ketum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut selepas membuka bahagian belakang kenderaan itu menemukan sejumlah besar bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum dengan anggaran berat keseluruhan 1,400 kilogram.

Mohd Haki berkata kenderaan dengan semua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk siasatan lanjut dan pihaknya kini sedang mengesan pemilik sebenar barang terbabit.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading