Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LETUPAN SEKOLAH JAKARTA: REMAJA BAWA TUJUH BAHAN LETUPAN, EMPAT MELETUP

UTAMA

LETUPAN SEKOLAH JAKARTA: REMAJA BAWA TUJUH BAHAN LETUPAN, EMPAT MELETUP

Unit khas antikeganasan Indonesia, Densus 88 mendedahkan bahawa suspek dalam insiden letupan di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 72 Jakarta Utara pada Jumaat lalu didapati membawa tujuh bahan letupan.

Sumber: AFP

JAKARTA: Unit khas antikeganasan Indonesia, Densus 88 mendedahkan bahawa suspek dalam insiden letupan di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 72 Jakarta Utara pada Jumaat lalu didapati membawa tujuh bahan letupan.

Jurucakap Densus 88, Pesuruhjaya Kanan Adjung, Mayndra Eka Wardhana memberitahu portal berita tempatan Kompas bahawa dua bom meletup di lokasi pertama iaitu di surau sekolah berkenaan.

“Dua lagi meletup di taman bacaan dan pusat kitar semula sekolah, manakala tiga tidak meletup,” katanya.

Unit itu juga telah mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan berada di bawah bidang kuasa Polis Jakarta atau unit pemusnah bom.

Insiden berlaku sekitar 12.15 tengah hari waktu tempatan ketika solat Jumaat di sekolah yang terletak di kawasan Kelapa Gading.

Saksi berkata letupan pertama kedengaran ketika khutbah sedang berlangsung, disusuli satu lagi letupan dari arah berbeza.

Kejadian itu menyebabkan hampir 100 orang cedera termasuk mangsa yang mengalami lecur dan kecederaan akibat serpihan, serta menimbulkan panik dalam kalangan pelajar dan penduduk berhampiran.

Menurut Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, suspek berusia 17 tahun yang juga pelajar sekolah berkenaan telah menjalani pembedahan di kepala dan kini berada di unit rawatan rapi di bawah pengawasan polis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading